Posts

Showing posts from 2010

Adam Mirza sudah bersunat

Anak aku yang sulung dah bersunat masa cuti sekolah baru-baru ni...Suatu pengalaman baru bagi anak aku yang dah mula memasuki alam baru bagi dia. Tahniah Adam dah jadi orang besar. Welcome to the club..he hee.. Ini jelah anak lelaki aku, adikadik dia perempuan dah lama bersunat. So banyak jugak la berhabis untuk kenduri anak jantan sorang ni, siap bagi bunga telur lagi kat tetamui yang datang. Memang cute sangat masa bersunat tu...Yang pelik nyer tetamu puas mencari orang sakit yang bersunat, sepatutnya duduk je terlentang kat mana-mana, ini tidak berlalri sana, jalan sini pening kepala tetamu datang nak tengok dia. Apa nak buat itulah Adam sejak dari azali memang tak boleh duduk diam. Anyway congrate Adam from Papa.

Cuti-Cuti Di Tasik Chini, Pahang

Image
Bergambar kenangan semasa berkunjung ke kampung Orang Asli

Percutian di Tasik Chini

Image
Sebenarnya selalu sangat aku ke sana, cuma kali ini aku bawa isteri dan keluarga serta kakak aku ke sana. Mereka belum sampai lagi, ni la masanya nak tunjuk kat diaorang macamana rupa tasik Chini. Betul ke ada naga kat sini..ha ha..itu kosah dongengnya. Relitinya sebuah tasik yang cantik dan mrndamaikan. Banyak perubahan yang dah berlaku sejak aku mula menjejaki ke sini. Dulu ada resort jugak cuma dah uzur tetapi sekarang resortnya dah cantik, ada kelas. Menyusuri pulau-pulau yang terdapat kat dalam tasik ni memang mengasyikkan, tambahan lagi dapat berkunjung ke kampung asli yang menginap di sekitar tasik. Satu penglaman baru kepada mereka terutama anak-anak dan anak saudaraku. Cuma yang tak berapa menariknya kat sini harga makanan, punyalah mahal macamana nak tarik pelancong tempatan datang kalau dah nasi goreng RM 7. Fikirkanlah....

Menuju Kejayaan

Mencari kejayaan adalah wajib bagi semua tapi bagaimana caranya..... Kekadang kita dihambat dengan keperluan hidup, tapi apa yang kita cari di dalam kehidupan..di dunia? di akhirat? Kedua-duanya? Itulah dilema kehidupan sekarang yang dihambat tuntutan hidup. Ramai yang alpa, diharapkan kita dapat muhasabah diri demi kejayaan dunia akhirat. InsyaAllah.

Photoshot

Kegilaan memuncak berlaku di MRSM Muadzam yang mana cikgu-cikgunya tengah syok dengan DSLR. Setakat ni dah ada enam ahli CONCA - -Ikram, Irwan, Iswadi, Hilmi, Razman dan Aku. Bilangan ni rasanya bertambah lagi tunggu je la nanti. Esok kita orang outing kat Taman Negeri Endau Rompin dengan kawasan sawah padi kat Setajam, Tanjung Gemuk.

Lama memblog

Apa khabar semua? Aku ni lama2 macam dah takde motivasi la...entah tak tau kenape..macam hanyut jerrrr..

Memancing Udang

Apa kata anda? Pernah memancing udang galah? Apa kata cuba sekali. Tempatnya  sungai Rompin, pernah dengar ke? Arr datangla sini mencuba nasib..bestnya tu tak tau nak cakap macamana kena try la dulu..sekarang ni musim udang galah...

HARI YANG INDAH

Mungkin hari berlalu begitu lancar..tak kelambut uruskan anak2 rasa macam tenang sajer dalam menjalani kehidupan hari  ini.....Kadang2 terfikir jugak nak jumpa kawan2 lama(true friend) yang ikhlas berkawan...entahla sekarang ni aku mcm malas nak berkawan kat tempat keje aku...

Jom Bersukan

Image
Ermm...ni la hobi di masa lapang bersama-sama kawan2. Tapi sekarang dah sibuk sangat sampai tak sempat nak bawa motor pun. Minggu lepas baru repair motor.

Masyarakat kita

Masyarakat kita makin lama macam dah tak macam dulu. Tau Kenape? Sikap kita sekarang suka menikam belakang, depan sudah menjadi lumrah manusia. Ini semua kerana wang, kuasa, pengaruh, kawan lawan semua menjadi mangsa. Kadang2 aku dah fedup giler. Aku antara mangsa keadaan, lebih baik aku jadi kera sumbang, he he..tu yang aku ada masa dengan komputer ni...rasa lagi aman dok mengadap komputer daripada mengadap orang..

Masyarakat kita

Hobi Baru

Image
Aku ni dah dapat satu hobi baru la...sejak aku dah tak dapat nak gi memancing ni..maklum la lesen kecik sebab anak2 kecik lagi...tu takpe nanti anak dah besar boleh sambung lagi...