Posts

Showing posts from December, 2010

Adam Mirza sudah bersunat

Anak aku yang sulung dah bersunat masa cuti sekolah baru-baru ni...Suatu pengalaman baru bagi anak aku yang dah mula memasuki alam baru bagi dia. Tahniah Adam dah jadi orang besar. Welcome to the club..he hee.. Ini jelah anak lelaki aku, adikadik dia perempuan dah lama bersunat. So banyak jugak la berhabis untuk kenduri anak jantan sorang ni, siap bagi bunga telur lagi kat tetamui yang datang. Memang cute sangat masa bersunat tu...Yang pelik nyer tetamu puas mencari orang sakit yang bersunat, sepatutnya duduk je terlentang kat mana-mana, ini tidak berlalri sana, jalan sini pening kepala tetamu datang nak tengok dia. Apa nak buat itulah Adam sejak dari azali memang tak boleh duduk diam. Anyway congrate Adam from Papa.

Cuti-Cuti Di Tasik Chini, Pahang

Image
Bergambar kenangan semasa berkunjung ke kampung Orang Asli

Percutian di Tasik Chini

Image
Sebenarnya selalu sangat aku ke sana, cuma kali ini aku bawa isteri dan keluarga serta kakak aku ke sana. Mereka belum sampai lagi, ni la masanya nak tunjuk kat diaorang macamana rupa tasik Chini. Betul ke ada naga kat sini..ha ha..itu kosah dongengnya. Relitinya sebuah tasik yang cantik dan mrndamaikan. Banyak perubahan yang dah berlaku sejak aku mula menjejaki ke sini. Dulu ada resort jugak cuma dah uzur tetapi sekarang resortnya dah cantik, ada kelas. Menyusuri pulau-pulau yang terdapat kat dalam tasik ni memang mengasyikkan, tambahan lagi dapat berkunjung ke kampung asli yang menginap di sekitar tasik. Satu penglaman baru kepada mereka terutama anak-anak dan anak saudaraku. Cuma yang tak berapa menariknya kat sini harga makanan, punyalah mahal macamana nak tarik pelancong tempatan datang kalau dah nasi goreng RM 7. Fikirkanlah....