Ini Duniaku
Deruman bunyi
motor memecah kesunyian rembang senja. Mak Kiah sengaja muncul di tangga,
biarpun sememangnya dia sudah tahu, itu tahu anak kesayangannya yang baru
pulang dari kerja. Bau minyak hitam menyusuk hidung. Mak Kiah
mengeleng-gelengkan kepalanya.
Ada
la tu nak mintak saya cari spare part. Saya pegi dulu ya….”
“ Baru pulang,
Intan? Ngapa awal sangat hari nih? “
Sapaan Mak Kiah
hanya disambut senyuman. Intan tahu maknya meradang lagi. Sapaan biasa berbisa Mak
Kiah kalau Intan pulang lewat.
“ Iyalah mak.
Penat nih. Lori buat masalah lagila.. malas betul kalau cam nih.. baik tauke
Soh campak ke laut je la lori tuh. Buat tukun ikan, ada gak la faedahnya ”Rungut
Intan , menjuihkan bibirnya.Tangannya rancak menbukak “kasut” yang sudah tidak
sepertinya lagi itu. Bukan tumit tinggi, juga bukan sandal separuh terbuka seperti
gadis lain. Bot tinggi separuh betis!
“ Mak tak tahula
nak cakap apa lagi Intan..Cubalah cari kerja lain… yang lebih sesuai dengan
kau, kelayakan kau. Kerja kau nih orang lelaki pun tak jamin lagi nak kerja ke
tak, tau tak?
“ Ala .. nak kerja macam
mana lagi, mak, dah kerja ni aje yang ada.. Lagi pun kan mak, Intan rasa makin lama makin sesuai
la kerja nih ngan intan..” Intan menjeling manja pada ibunya.
‘Haa… kau jangan
Intan …” Mak Kiah membeliakkan matanya, sambil Intan terkekeh-kekeh menahan gelak,
suka benar dia kalau dapat diusik maknya.
“Pegi mandi,
busuk hapak dah ni, solat maghrib, pah tu kita makan”
“Yes Madam!”
Tabik Intan.
Malam tu Intan
terkebil-kebil memandang siling. Entah mengapa dia tak boleh melelapkan mata
malam ini. Jam di sebelah dah menunjukkan jam sebelas malam. Mak Kiah dah lama
lena di bilik sebelah.
Intan bangun
dari katil, membuka tingkap. Mungkin cuaca panas membuatkan dia tidak boleh
lena. Angin malam yang menghembus masuk menerobos melalui tingkap yang terbuka
menenangkan fikirannya.
Tapi yang pasti bukan kehangatan malam yang membuatkannya gelisah.
Sms dari Fauziah yang diterimanya tengahari tadi menganggu perasaannya. Farid akan melangsungkan perkahwinannya
tengahari besok! Fauziah menghantar berita. Sampai hati engkau Farid, mendustai
cinta, merungkai janji kita! Tapi Intan akui, semuanya ini berpunca dari dia
juga. Ahh.. Farid bukan tak tahu jiwaku macammana, ritma nuansa ku bagaimana,
jika dia mencintaiku, pasti mencintai semuanya mengenai diriku, tidak boleh memilih
sebahagian diriku, menolak diriku separuhnya. Mesti mencintaiku sepenuhnya, sepenuhnya diriku!
Tiba-tiba Intan
tersenyum sendirian. Geli hatinya mengenangkan peristiwa tiga bulan lalu
sewaktu Farid
datang menjenguknya. Farid yang datang terus dari K.L sehabis waktu kerja bukan
saja terkejut beruk, tapi beruk pun pasti terkejut melihat muka kecut masam
campur kelat Farid.
Salah Farid juga
yang datang kononnya untuk buat kejutan , akhirnya dia pula yang terkejut! Sengaja
katanya melawat Intan di tempat kerja selepas berbulan-bulan kekasih hati
menganggur. Diajak sama-sama kerja di firma perunding jurutera ternama
tempatnya berkerja, Intan tidak mahu. Sejak dulu lagi Intan dah berniat sebaik
habis pengajian mahu temankan mak di kampong. Kesian mak, seorang di kampong sejak
abah meninggal. Kakak dan abang Intan semuanya sudah bekerja jauh, sudah
berkeluarga. Tingal Intan seorang aje yang paling kecil.. Lagipun di Seremban
pun bukan tak ada kerja.Terbayang di ruang hatinya wajah comel dan ayu Intan yang
pastinya lengkap berpakaian baju kurung dan berkerudung sedondon menyambutnya
nanti. Bolehlah mereka makan tengahari bersama nanti.
Tetapi, apa yang
disangka semuanya salah belaka! Terlopong Farid melihat buah hatinya yang
digilai sejak semester pertama tahun pengajian lagi , berada di bawah sebuah
jentera yang berat nya hampir 1000 tan.
Bermuka comot, badan penuh minyak, tiada lagi muka comel berbau wangi seperti
waktu-waktu indah musim bunga di kolej!
“ Intan! U buat
apa kat sini? “ Jerit Farid, menarik tangan Intan
“ Eh, Farid !
Ngapa tak call dulu sebelum datang? “ terperanjat Intan.
“ U kerja sini
ke? U kerja apa ni?” Soal Farid bertalu-talu.
“ A’ah kerja
sini la. Kan
I dah informed u earlier. I kerja kat construction works and hardwares suppliers
ni la!” Balas Intan selamba sambil
tangannya lincah mencedok air di dalam tong. Memang dia dah mengagak yang Farid
akan berkelakuan tidak normal begini seandainya dia tahu pekerjaan Intan.
“ Sebagai apa?
Kerja ni tak sesuai dengan U la Intan. Apa kata parent I nanti? Bakal menantu
dia comot macam ni. Macam mana bila kita kawin nanti? Apa kata kawan-kawan I ?
U tak malu ke Intan ? I malu.”
“ Ala , kerja ni sesuai apa
ngan I. Sesuai ngan bidang kejuruteraan mekanikal yang I ambik dulu, kan ?Apa nak dimalukan.
Dulu masa I dok menganggur, u bising suruh I cari kerja cepat-cepat, nanti
boleh kawin cepat-cepat. Sekarang bila I dah kerja, u complaint la pulak.
Mother I pun tak pernah bising-bising macam ni.tau. ( bising-bising sikit tu
biasala..)
Dan itulah kali
terakhir dia berjumpa Farid. Farid memberinya kata dua, samaada Intan berhenti
kerja serta-merta pada hari itu juga atau perhubungannya dengan Farid putus serta-merta,
pada hari itu juga! Tanpa sempat Intan berfikir, Farid terus berlalu, tanpa
sempat berkata apa, hajat untuk makan tengah hari bersama juga tidak
kesampaian.
Semenjak itu
tiada lagi khabar berita dari Farid, hinggalah tengah hari tadi. Perkhabaran
dari Fauziah yang meruntun hatinya, mengacau jiwanya, melenyapkan jelira tidurnya! Begitu cepat dia mencari pengganti.
Entah siapalah yang mengambil tempat aku dihatinya! Empat tahun 3 bulan 16 hari
aku bertakhta di hati mu Farid, hanya 3 bulan aje masa yang kau ambil untuk
orang lain! Selamat berbahagia Farid! Bisik hati Intan. Sambil tersenyum geli
hati memikirkan dirinya yang pasti jodoh pun lari ketakutan melihat dia… Biar dia bercinta dengan excavator, backhoe, shovel
aje lah selepas ini!!!
Suara
bebelan Mak Kiah kedengaran dari dapur.
Intan terkocoh- kocoh bersiap. Bukannya
apapun, tempek bedak sikit, betulkan tudung, siap! Inilah untungnya kerja aku, x payah
bermekap-mekap, touch up sana
sini. Lipstik pun tak yah. Kan
senang!
“Assalamualaikum,
mak…. Selamat pagi.. anggun dan jelita mak pagi nih..!!” tegur Intan sambil
memeluk Mak Kiah. Tangannya menyambar karipap goreng di atas meja. “Aduih,
panasnyaa…!”
Mak Kiah
tersenyum melihat gelagat anak bongsu nya.
“
Waalaikummussalam… pagi selamat, mak takut kau tu yang tak selamat pagi nih.
Tengok dah pukul berapa dah nih. Nanti Tauke Soh potong gaji baru kau tahu’..
Usik Mak Kiah.
“ Ala sekali sekala mak…
kita datang lambat nak potong gaji, yang kita balik lambat tu sapa nak kira…
Lagipun dah 3 hari Intan balik lambat mak… nasib baik tak kawin lagi… kalau tak
mesti mengamok meletop workshop tuh kena bom!”
“ Itula Intan,
Mak pun ada terfikir..sekarang tak apala, belum kawin..dua tiga tahun lagi
macamana..?”
“ Ada ker orang nak kawin
ngan Intan ni mak? Comot , busuk… kalau ada pun agaknya Sigh bawak treller tu,
sebab Intan selalu repair treller dia..” Sengih
Intan , cuba
mengusik maknya lagi..
“
Hisshhh..mintak simpang, apala kau ni Intan.. Pagi-pagi dah mengarut reraban, dah,dah
pegi kerja. Nun banyak lagi mesin dok tunggu..”
Kedatangan Intan
disambut senyum lebar Tauke Soh. Biasanya jarang sekali Tauke Soh
berpagi-pagian begini. Rutin Tauke Soh untuk ber tai chi dulu atau sekadar
berjalan kaki keliling rumah. Pukul 9 atau hampir pukul 10 biasanya baru tauke
soh muncul. Biasanya Ah Pek ‘tau chu “ atau orang harapan tauke soh yang buka
kedai. Hari ni, tak semena-mena tauke Soh yang sampai dulu..
Intan melihat
jam di tangan. Baru pukul 8.15… awal lagi nih.. mimpi apa tauke aku nih…. Baru
kena nombor ker? Semangat semacam jer nak meniaga!!
“Pagi taukeh..
wa.. awal pagi nih tauke… “ tegur Intan sambil menyorong motosikal buruk arwah
abah.
“ Pagi Intan..
awak ni banyak bagus la… selalu datang awal.. awak la harapan masa depan saya,
Intan “
“ Eh, apa pulak
tauke ni, pagi-pagi dah puji-puji aku nih”
“ Intan, ini
hari, saya banyak senang la..eh, u ingat
itu Ah Chai ker? Saya rasa dia belajar satu kelas dengan awak masa form
2 la” Tanya Tauke soh tidak semena-mena.
“ Ah Chai? Mana
satu ni tauke? Saya tak ingat la, sebab saya sekoah sini tak lama. Kan lepas PMR saya
sambung ke MRSM. Mungkin kalau tengok muka, saya ingat kot….”
“ Tapi ini Ah
Chai aa… kalau u tengok sekarang , memang tadak sama punya… nanti sekejap lagi
dia sampai… mesti u pun terkejut punyaa..”
“ Ah Chai mana
ni,tauke? Ala
tauke.. kalau ah chai budak pomen jirat cina tu saya kenal la… “ Cuak jugak
Intan bila tauke soh ajak berbual.
“ Ala , Ah chai anak saya
la. Dia ada cakap dia ada kenal awak tau. Bila saya cerita saya banyak senang
sekarang ada orang tolong set up ini kedai, saya cakap la nama awak. Dia cakap
dia satu kelas dengan awak form 2. Sekarang dia kerja Singapore sana . Pagi ni sampai,
datang tengok saya..”
Laa, patutla ceria bebenar tauke aku ni ari
nih, rupa-rupanya anak tunggal dia dah nak balik. Sebenarnya kesian juga kat
tauke soh, suaminya sudah lama meninggal, tinggal dia seorang yang uruskan
perniagaan tinggalan mendiang suami. Bagusla kalau anaknya balik menjenguk sekali
sekala, biarpun sekadar sehari dua.
“La… budak cina
gemuk masa sekolah dulu anak tauke ker? Minta maaf la tauke, dulu saya selalu
buli anak tauke tuh. Sebab dia nerd sangat. Sekarang ni dia keja kat Singapore , keja
apa tauke?” Rupa-rupanya satu-satunya budakcina dalam kelas Intan dulu anak
tauke!!!
“ Itu dulu,
Intan. Sekarang dia banyak Leng Chaii…. Awak tengok la nanti. Dia keja akauntan
sekarang kat sana.Haaa..tunggu la sekejap lagi, nanti dia sampai….”
“Ok la tauke…
nun Ah pok dah panggil.
Comments