RAMADHAN MENUJU SYAWAL

Sekejapnya masa berlalu, Ramadhan pun dah berakhir, Syawal mengunjung tiba, kemeriahan dah kian terasa. Aku rasa macam nak cuti awal-awal, balik dok rumah diam2. Penat betul kali ni berpuasa mana tidaknya, pukul 9 lebih jer mata dah terlelap. Mungkin panas sangat agaknya, jadi fikiran pun tak stabil, hati cepat jer panas. Kalau macam tuh kena banyak2 bersabar lah yer.
          Sekarang nih banyak sungguh kes bunuh sedara, mengamuk, sanggup membunuh bapa dan macam2 lagi yang berlaku kerana berpunca daripada stress. Kalau nak diikutkan di bulan puasa kena banyak  bersabar dan tenangkan hati. Tapi lain pulak yang jadinya, contohnya kerana anak sedara bising habis mengamuk sekampung sampai orang tak bersalah pun jadi mangsa, bapa sindiri sanggup ditetak. Renung2kan lah kawan2 apa kes orang sekarang nih.
        Jadi banyak2lah muhasabah diri, apa silapnya kita nih, apa punca sebenarnya. Apa yang berlaku jadikan iktibar kepada kita yang belum mengalami apa-apa tekanan perasaan. Jadi di bulan yang mulia nih, banyakkan la berzikir agar ditenangkan hati kita. Seronokkan hati kita, jangan dok fikir nak buat benda2 busuk(khianat), jangan dok berdengki dengan orang, yang penting enjoy tu la penawar kekusutan. Betul tak? Sempena cuti Raya yang agak panjang ni buat la apa2 program yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Ni la masa kita senyum dengan semua orang untuk bermaafan di  bulan yang mulia ini.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA INI


http://www.flickr.com/photos/monadz

Comments

Popular posts from this blog

PRACTICE MAKES PERFECT

INDAHNYA CIPTAAN TUHAN

Journal Entry: Uses of Cenchrus purpureus